PENGENALAN

Written by Super User on .

LATAR BELAKANG NCRC

NORTHERN CORRIDOR RESEARCH CENTRE (NCRC) sebelum ini dikenali sebagai Unit Kedah Maju dan kemudianya menjadi Pusat Penyelidikan NCER (NCER-RC). Bermula pada 1 Januari 2009 penstrukturan semula pusat Kecemerlangan, NCER-RC dikembangkan menjadi Institut Penyelidikan NCER (NCER-RI)  sebagai satu kluster utama. Sehubungan dengan ini, pada 1 Januari 2009 juga KSC telah ditubuhkan. Mulai 2 September 2010 sekali lagi Jabatan ini telah diberi penjenamaan semula kepada nama baru iaitu Northern Corridor Research Centre (NCRC).Namun begitu, pada Julai 2007, Perdana Menteri telah melancarkan program pembangunan yang dikenali sebagai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), yang merupakan satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat di utara Semenanjung Malaysia. Susulan daripada pelancaran tersebut, pada Oktober 2007, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, telah mengilhamkan dan telah berkenan untuk melancarkan nama baru bagi menggantikan Unit Kedah Maju iaitu Pusat Kajian Ekonomi Koridor Utara (NCER-RC) dan telah mendapat kelulusan daripada Pejabat Perdana Menteri.

 

Penjenamaan semula ini dilihat sebagai salah satu usaha Universiti Utara Malaysia membantu pihak kerajaan menjalankan kajian yang bakal memberikan impak yang positif serta merealisasikan perancangan program pembangunan Koridor Utara ini. Skop dan fungsi sedia ada NCER-RC diluaskan lagi dengan melibatkan empat negeri wilayah utara yang terlibat dalam NCER (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak). Selain itu, NCER-RC juga telah dilantik sebagai sekreteriat IPT bagi NCER di peringkat KPT pada Mac 2008. 

 

Pada 1 Januari 2009, pihak pengurusan Universiti Utara Malaysia telah melakukan penstrukturan semula bagi semua pusat-pusat kecemerlangan, turut melibatkan NCER-RC, yang telah dikembangkan menjadi Institut Penyelidikan NCER (NCER-RI) sebagai satu klusterutama. Penstrukturan semula ini telah menyebabkan penjenamaan semula dan semua fungsi NCER-RC telah diambil alih oleh Pusat Kemajuan Lestari Kedah (Kedah Sustainble Development Centre – KSC). Seterusnya pada 2 September 2010, sekali lagi KSC telah diberi nafas baru dengan Penstrukturan semula KSC yang mana jabatan ini diberi tanggungjawab yang lebih luas dan menepati pelbagai bidang agar sejajar dengan perkembangan UUM. Mulai 2 September 2010, KSC telah diberi nama baru iaitu Northern Corridor Research Centre (NCRC) yang mana berperanan dalam meningkatkan aktiviti penyelidikan / perundingan / latihan dan sebagainya dalam bidang-bidang tujahan khususnya bagi pembangunan di negeri-negeri NCER dan di universtiti amnya.

 

SOROTAN PERISTIWA / AKTIVITI NCRC

  • bubur asyura web
  • rtd housing web
  • merdeka
  • new school web
  • sambutan merdeka
  • blue print
  • rtd pengawal asing
  • rekha pai
  • 001
  • 002
  • 003
  • 004
  • 005
  • 007
  • 008
  • 009
  • 010
  • 011
  • IHYA RAMADHAN WEBSITE
  •  pocens logoNew Picture 6 New Picture 22 uctc2015260px-Iskandar Malaysia logo logo unisba perdasi logo umk-universitas muria kudus New Picture 18 New Picture 8 New Picture New Picture 9 New Picture 7
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19